raYnie and kecantikan & keseHATAn

Tuesday, 27 March 2012

kecantikan amaT pentinG baGi semua...
kecantikan ...melambangkan kesihataN yG baiK...TUBUh badaN yg sihaT...itu bagI aku...
x bermkna liPstIk.glOs Yg mahaL .wat kamU canTik...
  • p pUnca utama kecantIkan
  • kesiHataN
  • penjagaaN
  • rawataN dlman
  • minum air yg mencukupi
baGi akU pulak kecantIkan bukan saja pada ruPa wajaH..ataU kulit muka..kecantikan merangkumi semUa tubuh badaN..darI raMBut sampaI ujung kaki
PENGAMBILAN MAKANAN SEIMBANG AMAT PENTING DLM DIET SEHARIAN..
.
Kebanyakan kita juga keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan pemakanan sihat dan hanya menganggap buah-buahan atau sayur-sayuran paling berkhasiat, sedangkan hakikatnya ia lebih daripada itu. Lebih membimbangkan, sikap kurang prihatin mengenai pemakanan sihat menyumbang kepada pelbagai penyakit berkaitan makanan termasuk obesiti.

IKutlah fungsi piramid makanan.



"BIJIRIN JUGA PENTING.

"

Buah dan sayur berada pada peringkat kedua, diikuti susu, dadih, keju, ikan, daging dan kekacang (peringkat ketiga), manakala produk yang paling sedikit diperlukan tubuh berada pada peringkat pertama iaitu di puncak dan ia adalah lemak, minyak, gula serta garam.
setiap individu perlu mengekalkan berat badan sihat dengan mengimbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal.

"Sebelum menyediakan atau mengambil setiap hidangan, ketahui nilai kalori dan pastikan hidangan yang dimakan sepanjang hari tidak melebihi nilai kalori diperlukan badan kerana ia akan menambahkan berat," katanya.

Mengambil hidangan bijirin dan buah-buahan serta sayur-sayuran juga, katanya, amat penting kepada tubuh kerana ia adalah sumber vitamin yang lengkap, tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul.

Panduan pemakanan seimbang:

Kurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan dengan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng dan menggunakan sedikit minyak ketika memasak.
. Cara lain bagi mengurangkan pengambilan lemak ialah dengan menyediakan makanan rendah lemak dan memilih makanan rendah kolesterol.

Garam juga perlu diambil secara sederhana bagi mengelak penyakit darah tinggi, tetapi ia perlu ada dalam hidangan bagi keperluan tubuh. Dalam sehari, manusia hanya memerlukan 500 mg garam sedangkan mengikut ukuran satu sudu teh adalah bersamaan 2,100 mg garam. Jadi, untuk mengelak penggunaan berlebihan, pelbagai produk lain boleh digunakan sebagai sumber alternatif seperti MSG, kicap soya dan sos.

Elakkan juga penggunaan garam ketika menyedia dan memasak makananKURANGKAN GARAM ketika menghidangkan makanan. Hadkan penggunaan sos dan serbuk perasa serta kurangkan kekerapan menghidang telur masin, ikan masin, sayur jeruk dan makanan diprosesa.

Kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan pilih makanan yang rendah kandungan gula.

Air putih

Air putih membantu meremajakan kulit, membuat kulit awet muda, dan lebih bersinar.
 
EPAL MERAh:
 1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga memperbaiki
tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah drpd tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang selkanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia bolehmenyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik shj epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalammembantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat
memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. So, sesiapa yang hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan
 

No comments:

Post a Comment